Sunday 23 March 2014

Bekerja dari rumah.

Bekerja dari rumah. Memang terbaik. Sesuatu yang aku impikan yang mana akan aku jadikan kenyataan. 
Cuba korang bayangkan setiap hari x perlu nak bersusah payah bangun pagi2 bersiap untuk kerja hanya disebabkan nak mengelak dari trafic jam. Aku akan gerak dari rumah aku di Subang Jaya as early as 6.20am. Travel dalam 40 minit untuk sampai di tempat kerja aku di Mont Kiara. Setiap hari waktu bekerja. Seriously aku penat dan fed up!

Aku nak bayangkan selepas ni kehidupan aku berubah. dah tak perlu nak alami seperti yang aku alami sekarang nie. ha..ni yang aku bayangkan bila aku bekerja di rumah nanti.


Sebab- sebab  kenapa aku tengah prepare diri aku untuk bekerja dari rumah ialah :
1) Freedom Masa
Macam aku bagi tau seperti kat atas tadi bangun pagi seawal 5.30am dan bergerak keluar rumah jam 6.20am. Sebab kalau lambat even 5 mins ko akan tersekat dalam trafic jam. Ni lah yang aku nak elakkan setiap hari sebab tu aku keluar awal2. dahlah subang jaya ke Mont Kiara tu jauh. Sabo je la.. 


2) Lebih masa dengan Family especially dengan anak-anak
Kekadang kita selalu mendengar anak-anak mengeluh” bila mama and papa ada di rumah? selalu tak dengar anak-anak korang tanya macam tu? kekadang jumpa anak-anak waktu dah gelap. keluar pagi gelap balik rumah pon dah gelap. Sedihkan? lepas tu bila dah penat, stress dengan kerja kita melayan anak-anak pon lebih kurang. sebab diri sendiri pon tak terlayan. Apetah lagi nak melayan suami? erm…..tut!hahhahahaah! sebab tu aku bermula sekarang untuk menyiapkan diri kerja dari rumah. Cuba bayangkan kalau korang pulak kerja dari rumah? ha..macam nie gambaranya…..


3) MAID MANDHATTAN
Hahahahahaha..gimik jek. Hari tu baru dok borak-borak dengan member sekerja. Bertanya berapa bayaran dikenakan untuk ambil pembantu rumah. RM10000 ko sekarang nie! amik! pastu bayaran bulanan rm700. Standard main Indonesia. erm…pada aku x pelah gaji baru berapa bayar pada MAID dah suku gaji ke situ. kalau rm700 banyak mende boleh cover susu and pampers anak dah lepas sebulan. Betul tak?

4) Taska / Pusat Asuhan
Erm..ok sekarang bukan masalah bayaran je tapi kredibiliti TASKA itu sendiri. Tentu korang dah banyak dengar kematian anak-anak dalam jagaan beberapa taska. Kes dera fizikal dan emosi. Ya Allah menakutkan! pastu bayaran pulak dah lah mahal rm600 ke rm700 sebulan. Sama je kalau ada maid kat rumah. Ok memang perlu diabaikan. jaga anak – anak sendiri lagi baik.




5) Kos petrol
Harga minyak dah naik, kita memang tak boleh buat apa -apa. Berhabisan setiap minggu untuk minyak dalam rm100 seminggu. kalau jam lagi la banyak. Jadi bila dah berhenti kerja dah tak perlu nak spent duit untuk isi minyak sebanyak nie. Semakin bersemangat nak mulakan bekerja dari rumah.

So ini semua adalah alasan aku kenapa aku mulakan business online sekarang ni sebagai tapak untuk memulakan impian “bekerja dari rumah”. So korang pun mesti ada impian yang sama kan? kalau boleh nak resign sekarang jugak! hahaha ya sama lah aku pon macam tu. 

Tapi sebelum korang berhenti kerja haqiqi korang tu, korang mesti kene plan dulu apa yang korang nak buat kalau berhenti kerja haqiqi. Sebab gaji bulanan dah tak ada dah selepas korang resign. So persoalan yang mesti korang tertanya- tanya adalah:

1) Nak buat apa kalau berhenti? income?

2) Kalau berniaga nak berniaga apa?

3) Aku tak pernah meniaga. so macam mana nak meniaga?

4) preparation kalau nak berniaga online?

5)ada ke orang yang boleh bantu aku ke aku kene bayar orang tu untuk khidmat nasihat perniagaan? 

6) Berapa kalau nak kene bayar? mahal?

So nilah soalan – soalan yang akan bermain di pemikiran korang bila korang nak bekerja dari rumah. Tetapi percaya lah sebenarnya bukan lah complicated sangat pon. Sebab apa yang kita perlu sekarang ialah 

1) MENTOR 2) TEAM 3) SISTEM 4) ILMU. 

Bagaimana tu?  Gabungan 4 nie?

So untuk professional advice boleh call me
Suhada @ 011 16204945
Dan aku akan jelas satu persatu
bagaimana kita semua boleh bekerja dari rumah.



Love;
Suhada M Tahar

1 comment: