Wednesday 3 September 2014

YOU ARE FIRED!!! apa reaksi anda?


Sudah kah bersedia jika kita terpaksa diberhentikan kerja?
Jika soalan ini diajukan kepada you all, agak-agak apa jawapan you all di kala ini? Bersedia atau tidak bersedia?
Bagaimana kalau dari keadan yang tenang bagaikan tiada masalah secara tetibe terjadi insiden seperti MH 370 atau Mh 17? Di mana pihak syarikat terpaksa menanggung banyak kerugian? Dan terpaksa memberhentikan kebanyakkan pekerja.
Cuba you all baca kat link seperti di atas untuk mengetahui cerita lanjut.

Jika kite perempuan pada aku tiada masalah, tetapi jika lelaki agak-agak bagaimana? Ambil masa untuk mencari pekerjaan yang sesuai atau terpaksa untuk tidak memilih untuk bekerja apa pun asalkan dapat income bulanan seperti biasa. Pada masa itu amatlah penting jika si isteri bekerja atau ada pendapatan sendiri.
Pening jugakkan memikirkan? Dan kalau boleh jangan lah terjadi pada kita. Tetapi ni semua kita tidak merancang ape pon Allah lebih Maha Mengetahui dan kita seharusnya bersedia. Pada si isteri dari sekarang lah belajar untuk mengurangkan beban suami. Jika kita sudah bekerja tetap alhamdullillah , tetapi jika tidak bukanlah masalah besar dunia. It’s not end of your life. Apa yang penting kita pandai mengorak langkah.


Link di atas merujuk kepada peningkatan 20% bagi rawatan emosi kepada pekerja yang telah diberhentikan pekerjaan menurut Ketua Jabatan Psikitri, Pusat Perubatan Universiti Malaya, prof Dr Mohd Hussain Habil.

Zaman sekarang ramai telah mengambil keputusan untuk lebih bersedia dengan berniaga. Malah ada yang telah menjadikan perniagaan sebagai punca pendapatan yang pertama.
Why not kan?  Dulu aku memang takut nak meniaga. Yelah seorang nurse apa yang nurse tau hanyalah penyakit, doctor, pesakit , ubat itu ajelah. Nama kata berniaga sebatang pen aku tak pernah berniaga. Tapi kata orang kalau tak cuba tak tahu. Betul lah tu. Setelah aku menceburi business bersama Top Leader Circle, alhamdullillah banyak perbezaan yang aku dapati. Lebih-lebih lagi income bulanan. Macam mana aku boleh pandai meniaga? Ha…jawapannya aku ada mentor dalam business ni. Dan mentor aku memberi ilmu secara PERCUMA! Dari segi penjualan offline atau online. So diajar dari setiap sudut. Tidak satu pon yang ketinggalan. Kalau mentor cakap A aku ikut A. Kalau mentor cakap B aku ikot B. begitulah selalunya sehinggalah biz aku berjalan amat lancar sekali. 
Kekadang aku menjadi pelik kepada mereka yang takut nak berniaga. kalau gagal permulaan biasalah, ramai yang mula-mula gagal tapi mereka tidak patah semangat, malah lebih semangat dan terus berusaha. Jangan jadi manusia yang tunggu disuap, semua perlu dibentangkan depan mata. Jangan jadi manusia malas! 

Berbalik pada cerita yang buang kerja tadi, pada aku inilah persediaan aku untuk membantu suami aku. Gaji tetap masuk Bonus business pon masuk. Jadinya jika terjadi masalah-masalah company terpaksa membuang kerja tidak menjadikan keadaan semakin sukar kepada kami. Sebab aku dan suami telah berusaha dari sekarang. Insyaallah Allah akan sentiasa membantu hamba-hambanya yang berusaha.

So kawan- kawan renung-renungkan dan selamat beramal….
Love;

Suhada M Tahar

Wednesday 2 April 2014

Sekadar Renungan Untuk Muhasabah Diri Sendiri



Mesti korang pernah dengar ayat-ayat seperti di atas kan? Erm… kesian pulak pada orang yang suka berprasangka buruk dengan orang lain. Dari satu sudut yang lain pulak, ada yang menyokong memang betullah apa yang ditulis. Typical Malay memang suke menunjuk- nunjuk. Tapi betul ke? Ok Jom kite tengok satu – satu ayat yang telah dituliskan tu.

First, yang katanya menunjuk-nunjuk bila admitted di Private Hospital. Ok macam mana kalau memang dia admitted di Private Hospital. Takkan lah dia nak checked in kat Hospital Government pulak. Ada jugak kengkawan aku yang checked in di government hospital. Tak de la pulak orang kutuk-kutuk. Ok berbalik checked in di Private hospital tadi, apalah sangat private hospital nie, bukan Hotel 5 stars ke nak bangga- bangga. Paling tidak pon disebabkan guna Insurans. So nak kata bangga tu terpulanglah pada hati masing-masing. Niat masing- masing. Takkanlah suami atau anak-anak dia sakit kita nak anggap dia berbangga macam tak patutlah pulak. Molek lah tu memohon kawan-kawan doakan kesejahteraan, kebaikan dan dipermudahkan urusan. Nak bagi tau sorang-sorang kawan di facebook, whatsap atau sms larat ke nak taip satu-satu? Tak mungkin lah kan… so dengan FB cheked in sambil ayat memohon kawan-kawan mendoakan urusan dipermudahkan adalah terbaik. Moga – moga dalam ramai-ramai yang mendoakan tu Allah makbulkan… amin…

Second, Yang katanya snap gambar anak tetapi berlatar belakangkan perabot atau peralatan rumah yang hado! Erm.. well, aku rasa akalau diberi 10 orang mungkin 10 ni kot memang suka amik gambar anak-anak or selfie bersama anak-anak. Rata-rata akan amik gambar anak-anak tak kira di mana jua berada. Kenapa bila snap gambar di luar x dikatakan menunjuk-nunjuk. Kenapa perlu mengata bila ber selfie or snap gambar anak-anak di rumah? Alahai..manusia- manusia. Jangan susahkan hidup memikir hal orang lain… dah memang rumah dia memang ada harta benda. Aku pon yang x de harta bende ni pon suke sangat berselfie. Tak kira lah rumah ke kat luar ke…

Third, bersyukur menunjuk-nunjuk di FB. Yang nie pon ikut niat di hati. Kalau memang dia nak menunjuk yang dia dapat rezeki lebih itu Antara dia dan Allah. Siapalah kita nak judge orang macam ni kan. Cumanya sesetengah orang nie dia suke nak share cerita bahagia dia ngan orang lain. Kekadang tanpa ada niat apa-apa pon. Just nak you all pon tau betapa dia  gembira sangat-sangat. Jangan lah fikir bukan-bukan.

Forth, Yang katanya menunjuk-nunjuk kereta. Ni pon kelakar… dah memang dia pakai Merc, BMW or AUDI. Siapalah kita nak menidakkan. Lainlah kalau dia tak pakai kereta tu semua tapi menunjuk-nunjuk dengan kereta orang lain macam dia yang empunya kereta tu. Berbanggalah kalau ada kawan-kawan kita yang dah guna kereta-kereta mewah tu. Sekurang-kurangnya menjadi motivasi pada kita yang satu hari nanti pon kita akan pakai kereta yang sama juga. Betul tak?

Fifth, Yang amik checked in kat shopping mall or amik gambar beg-beg shopping berjenama siap tanda harga. Ada orang terapi stress dia memang bershopping. Pernah dengar? Nak buat macam mana dah terapi stress dia macam tu. Kalau terapi stress dia bawa kereta laju-laju lagilah teruk kan? Lebih baiklah dia pergi bershopping. Yang habis pon duit dia bukan duit kita. Tak kisahlah nak amik gambar dengan beg2 kertas yang dia dah shopping tu. Biasanya orang yang macam ni memang dia mampu pon. Kita yang ala-ala mampu tak mampu ni diam-diam dari mengata yang menghasilkan dosa.

Sixth, yang asyik memuji anak dia segalanya bagus. Alhamdullillah, siapalah nak puji darah daging sendiri kalau bukan mak n bapak nya. Macam orang putih diaorang memang suka memuji anak-anak mereka. Tidak sesekali look down dengan anak-anak. Excellent! Awesome ! sweetpie! Mylove! Heart! Good Job! Clever! Memang di tepi mulut ibubapa omputih nie. So kalau kitalah sentiasa praise anak-anak kita seakan-akan doa lah untuk anak kita. Sentiasa berkata yang baik untuk anak-anak. Kalau kita selalu kata yang buruk-buruk makanya..wallahualam lah apa yang jadi pada anak-anak itu nanti.

Seventh, yang selfie muke herot, mata lebam tak cukup tidur. Hahaha! Ni lagi kelakar. Tu nama nya natural beauty. Masa tulah korang boleh nilai kalau dia masih cantik lagi kah even tak bermake up? Bagi yang peniaga-peniaga online product kecantikan masa nil ah you all boleh berniaga. Nilah calon prospek atau customer yang sesuai untuk diperkenalkan product untuk kesegaran kulit, atau nak hilangkan bengkak kat mata ke… so lepas ni yang mana meniaga online pergi cari sesiapa yang update status macam ni. Jangan lepaskan peluang…

Ok, Nampak nya ni sajalah perkongsian aku. Renung-renungkan. Dalam kehidupan masih banyak lagi yang perlu difikirkan. Bersangka baik adalah dituntut dalam islam. Dengan bersangka baik ganjaran adalah pahala. Tanpa berbuat apa-apa. Kan mudah tu.. islam bukan menyusahkan tetapi memudahkan. So tak payahlah menyusahkan diri untuk dapat dosa-dosa kering ni.

Xoxoxo
LoVe;
Suhada M Tahar

Thursday 27 March 2014

International school Nurse Asia Conference



Packing, unpack and repack!
For past 2 months, I've been doing that.
By the way I Enjoy. This time Singapore will be my destination.
To attend International School Nurse Asia Conference 2014.
Owhhh I’m so excited! I’m really looking forward to attend the conference because there are so many things or new things you can explore and having others nurses throughout Asia sharing knowledge and their thought such an awesome experience..
Okie dokie….will update to u guys soon…
Xoxoxoxo
LoVe;
Suhada M Tahar




Tuesday 25 March 2014

Penumpang cilik di dalam MH 370

Si cilik Wang Mohen.

Antara penumpang yang termuda di dalam MH 370. Terkorban bersama kedua ibu –bapanya.
Maka benarlah, kematian itu tidak kira kita muda atau tua. Yang pasti nya kita akan menemui Pencipta kita. Tetapi bila, di mana, bagaimana itu semua rahsia Allah.
Wang Mohen, datang ke Malaysia bersama ibubapanya Wang Rui and Jiao Weiwie untuk bercuti dan melarikan diri kerana masalah udara yang tidak baik di China. Tetapi siapa sangka percutian itu berakhir dengan tragedy
MH 370.

Syurga pasti tempat mu sayang….

LoVe;
Suhada M Tahar 

Monday 24 March 2014

Seminar Bisnes Online Power

AMARAN: JANGAN HADIR JIKA TAK NAK JUALAN ONLINE ANDA MENJADI HURU-HARA!

HADIR KE SEMINAR BUSINES ONLINE POWER EDISI PANTAI TIMUR,JIKA ANDA MAHU:

stock selalu kehabisan!
handphone jadi huru hara order masuk!
orang asyik bertanyakan produk anda!

Seminar Business Online Power membantu usahawan/bakal usahawan melonjakkan peningkatan jualan sehingga 4 ke 6 angka menggunakan teknik pemasaran INTERNET yang praktikal dan efektif!

Kini,TEKNIK dan RAHSIA jualan ONLINE dibongkar di dalam BUSINESS ONLINE POWER dan anda akan mendapat jalan penyelesaian:

bagaimana mendapatkan customers dari blog
bagaimana mendapatkan customers dari facebook dan instagram
bagaimana membuat ONLINE MARKETING dgn berkesan

Anda juga berpeluang MENGETAHUI RAHSIA JUALAN ONLINE 6 ANGKA DARIPADA IKON SOHONITA MALAYSIA YANG PERTAMA!

USAHAWAN DAN BAKAL USAHAWAN,ANDA DIJEMPUT HADIR SECARA PERCUMA!

SMS BOPTIMUR ke 011 16204945 SEKARANG untuk mendapatkan E-Tiket anda.

Hanya yang mempunyai E-Tiket sahaja dibenarkan bersama-sama 200 usahawan/bakal usahawan di Seminar Business Power Online edisi Pantai Timur!

"PAKAT MARI BELAKA"


AL - Fatihah - MH 370 Dalam kenangan

Assalammualaikum,
Heart breaking! Biler mendengar kenyataan yang amat berhormat Dato Seri Perdana Menteri kita, Dato Seri Najib Tun Razak tadi. MH 370 berakhir di Selatan Lautan Hindi.

Pencarian sepanjang 17 hari berkakhir di sini. Apart from the sadness, at least now we know where they are. Where is MH 370.


Kenyataan telah dikeluarkan. Maka kita sebagai umat islam wajib menerima Qada’ dan Qadar dari Allah S.W.T. Sesungguhnya Dia lah yang Maha Mengetahui atas apa yang telah terjadi.
Bersama – samalah kita bertafakur, muhasabah diri dan sedekahkanlah
Al- fatihah kepada umat islam yang telah terkorban dalam tragedy 
MH 370.

Sesungguhnya daripada Dia kita datang dan kepada Dialah kita akan kembali.

Love;
Suhada M Tahar


Sunday 23 March 2014

Bekerja dari rumah.

Bekerja dari rumah. Memang terbaik. Sesuatu yang aku impikan yang mana akan aku jadikan kenyataan. 
Cuba korang bayangkan setiap hari x perlu nak bersusah payah bangun pagi2 bersiap untuk kerja hanya disebabkan nak mengelak dari trafic jam. Aku akan gerak dari rumah aku di Subang Jaya as early as 6.20am. Travel dalam 40 minit untuk sampai di tempat kerja aku di Mont Kiara. Setiap hari waktu bekerja. Seriously aku penat dan fed up!

Aku nak bayangkan selepas ni kehidupan aku berubah. dah tak perlu nak alami seperti yang aku alami sekarang nie. ha..ni yang aku bayangkan bila aku bekerja di rumah nanti.


Sebab- sebab  kenapa aku tengah prepare diri aku untuk bekerja dari rumah ialah :
1) Freedom Masa
Macam aku bagi tau seperti kat atas tadi bangun pagi seawal 5.30am dan bergerak keluar rumah jam 6.20am. Sebab kalau lambat even 5 mins ko akan tersekat dalam trafic jam. Ni lah yang aku nak elakkan setiap hari sebab tu aku keluar awal2. dahlah subang jaya ke Mont Kiara tu jauh. Sabo je la.. 


2) Lebih masa dengan Family especially dengan anak-anak
Kekadang kita selalu mendengar anak-anak mengeluh” bila mama and papa ada di rumah? selalu tak dengar anak-anak korang tanya macam tu? kekadang jumpa anak-anak waktu dah gelap. keluar pagi gelap balik rumah pon dah gelap. Sedihkan? lepas tu bila dah penat, stress dengan kerja kita melayan anak-anak pon lebih kurang. sebab diri sendiri pon tak terlayan. Apetah lagi nak melayan suami? erm…..tut!hahhahahaah! sebab tu aku bermula sekarang untuk menyiapkan diri kerja dari rumah. Cuba bayangkan kalau korang pulak kerja dari rumah? ha..macam nie gambaranya…..


3) MAID MANDHATTAN
Hahahahahaha..gimik jek. Hari tu baru dok borak-borak dengan member sekerja. Bertanya berapa bayaran dikenakan untuk ambil pembantu rumah. RM10000 ko sekarang nie! amik! pastu bayaran bulanan rm700. Standard main Indonesia. erm…pada aku x pelah gaji baru berapa bayar pada MAID dah suku gaji ke situ. kalau rm700 banyak mende boleh cover susu and pampers anak dah lepas sebulan. Betul tak?

4) Taska / Pusat Asuhan
Erm..ok sekarang bukan masalah bayaran je tapi kredibiliti TASKA itu sendiri. Tentu korang dah banyak dengar kematian anak-anak dalam jagaan beberapa taska. Kes dera fizikal dan emosi. Ya Allah menakutkan! pastu bayaran pulak dah lah mahal rm600 ke rm700 sebulan. Sama je kalau ada maid kat rumah. Ok memang perlu diabaikan. jaga anak – anak sendiri lagi baik.




5) Kos petrol
Harga minyak dah naik, kita memang tak boleh buat apa -apa. Berhabisan setiap minggu untuk minyak dalam rm100 seminggu. kalau jam lagi la banyak. Jadi bila dah berhenti kerja dah tak perlu nak spent duit untuk isi minyak sebanyak nie. Semakin bersemangat nak mulakan bekerja dari rumah.

So ini semua adalah alasan aku kenapa aku mulakan business online sekarang ni sebagai tapak untuk memulakan impian “bekerja dari rumah”. So korang pun mesti ada impian yang sama kan? kalau boleh nak resign sekarang jugak! hahaha ya sama lah aku pon macam tu. 

Tapi sebelum korang berhenti kerja haqiqi korang tu, korang mesti kene plan dulu apa yang korang nak buat kalau berhenti kerja haqiqi. Sebab gaji bulanan dah tak ada dah selepas korang resign. So persoalan yang mesti korang tertanya- tanya adalah:

1) Nak buat apa kalau berhenti? income?

2) Kalau berniaga nak berniaga apa?

3) Aku tak pernah meniaga. so macam mana nak meniaga?

4) preparation kalau nak berniaga online?

5)ada ke orang yang boleh bantu aku ke aku kene bayar orang tu untuk khidmat nasihat perniagaan? 

6) Berapa kalau nak kene bayar? mahal?

So nilah soalan – soalan yang akan bermain di pemikiran korang bila korang nak bekerja dari rumah. Tetapi percaya lah sebenarnya bukan lah complicated sangat pon. Sebab apa yang kita perlu sekarang ialah 

1) MENTOR 2) TEAM 3) SISTEM 4) ILMU. 

Bagaimana tu?  Gabungan 4 nie?

So untuk professional advice boleh call me
Suhada @ 011 16204945
Dan aku akan jelas satu persatu
bagaimana kita semua boleh bekerja dari rumah.



Love;
Suhada M Tahar